
Sumber: Brightside Oleh: Aimi Nordin
Masa tidur adalah masa yang kita gunakan untuk berehat dan dapatkan semula tenaga yang dah kita gunakan. Tapi mungkin ramai yang tak dapat tidur yang nyenyak dan berkualiti bila ada beberapa pekara pelik dan misteri terjadi pada mereka semasa tidur. Antaranya 5 perkara ni.

1. Sleep paralyzed
Kalau dari segi sains kita panggil sleep paralys. Tapi kalau istilah biasa kita panggil kena himpap. Ramai merasakan ada sesuatu di atas mereka yang membuatkan mereka tak boleh bergerak. Bila jadi sleep paralyzed, badan kita 'turn off' tapi otak berjalan.

2. Sleep talking / Mengigau
Aduh, stress juga tidur dengan orang kuat mengigau ni kan. Apa taknya, masa dalam tidur pun boleh bercakap lagi. Sebab kenapa orang bercakap masa tidur adalah stress. Lelaki dan kanak-kanak lebih ramai mengalami sleep talking ni.

3. Mimpi dalam mimpi
Ni mungkin ramai dah pernah rasa. Korang mimpi, tapi dalam mimpi tu ada mimpi lain. Ish! Sama seperti filem Inception!

4. Sleepwalking
Sleep walking ni memang bahaya. Ada kes hingga menyebabkan kematian. Orang yang tidur tanpa sedar mereka berjalan, dan lakukan apa sahaja seperti mereka berjaga. Tapi, bila sedar mereka tak tahu pun yang mereka lakukan semua itu.

5. Jatuh katil
Bunyinya agak kelakar kan? Tapi sebenarnya ada sebab kenapa masa tidur orang boleh jatuh katil. Tidur ni lebih kurang sama seperti orang mati. Denyutan jantung dan pernafasan jadi perlahan. Muscle tone kita pun berkurangan. Jadi otak jadi cemas dan ingat ia tanda untuk mati.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.