Sambutan ulangtahun kelahiran seorang influencer Instagram bertukar tragedi selepas tiga orang maut di Moscow akibat berendam dalam kolam yang diisi dengan ais kering atau dry ice.

Sambutan hari lahir yang diadakan pada hari Jumaat lalu adalah untuk menyambut ulangtahun kelahiran ke-30 Ekaterina Didenko yang mempunyai lebih satu juta pengikut di Instagram.

Majlis diadakan dengan menaburkan 30 kilogram dry ice ke dalam kolam renang dan tetamu melompat ke dalam kolam tersebut untuk berenang.
Tiga orang mangsa, termasuk suami Didenko meninggal, manakala empat lagi mengalami luka terbakar dan keracunan.
Pihak berkuasa Rusia juga membuat kenyataan bahawa kes ini berlaku disebabkan kemalangan.
Sumber: Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.