Durian merupakan buah yang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Meskipun ramai yang menyukai durian, ada juga yang tidak tahan dengan bau durian, terutamanya orang barat.

Di Malaysia, selain dimakan begitu sahaja, durian juga sering dijadikan sajian lain seperti kek, aiskrim dan juga tempoyak yang dimakan dengan nasi.
Namun pernahkah anda mencuba durian bersama nasi goreng dan juga sambal belacan?

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki mat salleh ini apabila dia bukan sahaja memakan durian dengan nasi, malah mengaku amat menyukai rasanya.

Menerusi video dari laman Facebok The Food Ranger, lelaki dari Kanada yang dikenali sebagai Trevor James telah berkongsi video menjamu selera disebuah kedai makan di Pulau Pinang.


James dilihat menikmati durian Musang King bersama nasi goreng dan juga sambal belacan.
Menurut James, gabungan rasa manis Musang King dan masin dari nasi goreng serta pedas dari sambal belacan adalah satu kombinasi rasa yang sangat sempurna.
Meskipun begitu, ramai netizen yang meluahkan rasa loya apabila melihat rupa nasi goreng Musang King tersebut.
Sumber: Facebook The Food Ranger
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.