Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Kisah-Kisah Mangsa Tembakan Di New Zealand Yang Perlu Di Kenang

Berikut adalah kisah ringkas tentang antara mangsa tembakan di New Zealand:
Editor
18 Mar 2019, 02:59 PM

16 Mac 2019 pastinya menjadi peristiwa berdarah buat seluruh dunia apabila 51 nyawa yang entah apa dosanya, telah terkorban dalam dua siri tembakan oleh dua orang pengganas.

Berlaku di dua masjid yang berbeza, malah pembunuhan tanpa ada belas ihsan ini dilakukan live melalui media sosial pengganas tersebut.

Hari ini seluruh dunia berduka meratapi pemergian 51 nyawa tersebut. Namun, disebalik kejadian malang ini muncul lah kisah hidup mereka yang hebat. Berikut adalah kisah ringkas tentang antara mangsa tembakan di New Zealand:

1. The Hero - Naaem Rashid

Tatkala beliau melihat anaknya Taha ditembak dan dibunuh, dan lelaki dan perempuan dikelilingnya turut dibunuh, beliau terus menerkam ke arah pengganas tersebut dengan tangan yang kosong. Semangat juangnya membara sehingga ke akhir hayatnya. Beliau syahid sebagai seorang perwira.

2. Paling Muda - Muca Ibrahim, 3 Tahun

Telah terbunuh disebabkan oleh seorang pengganas dan dikatakan antara yang termuda dalam siri tembakan di New Zealand.

3. Baby Brother- Abdullah Dirie, 4 tahun

Beliau berada di dalam masjid bersama 4 orang adik beradiknya yang lain. Ahli keluarganya yang lain terselamat. Namun, beliau terbunuh di dalam masjid di sebabkan oleh tembakan yang terkena tubuhnya.

4. Anak Lelaki Kebanggan Keluarga - Talha Rashid, 21 Tahun

Beliau ditembak dan mati di hadapan ayahnya, Naeem. Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah kolej. Beliau dan ayahnya datang ke ChristChurch untuk beribadat bersama ayahnya. Namun, nyawa mereka diambil tatkala mereka sedang menghambakan diri pada Tuhan mereka.

5. Pengasas Masjid - Mohammad Atta Alayan

Beliau merupakan seorang pelarian dari Palestin. Beliaulah yang mengumpul dana untuk membina komuniti muslim di New Zealand. Namun, beliau meninggal di dalam masjid yang telah dibina atas usahanya sendiri.

6. Sang Pemimpi - Khaled Mustafa

Beliau melarikan diri dari ISIS dan meninggalkan negaranya Syria untuk membina kehidupan yang lebih baik di New Zealand. Beliau telah menyediakan segala-galanya untuk keluarga dengan bermimpi hidup keluargnya akan menjadi lebih baik. Namun, beliau tidak mampu lagi melihat keluarganya menjadikan mimpi itu satu kenyataan.

7. The Heroin - Ara Parvin, 42 tahun

Beliau dan suaminya meninggalkan Bangladesh dan membina kehidupan di New Zealand pada tahun 1994. Beberapa tahun lalu, suaminya jatuh sakit dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Saat sang pengganas mengacu pistol kepada suaminya, Ara berlari dan cuba menghalang. Tetapi, peluru telah menembusinya tubuhnya. Suaminya selamat namun beliau tergolong dalam mereka yang menjadi mangsa tembakan.

8. Bakal Seorang Doktor - Haroon Mahmood

Beliau merupakan seorang calon PhD. Rakyat Pakistan ini meninggalkan negaranya untuk mengejar cita-cita di Lincon University. Namun, semuanya hancur tatkala beliau menjadi mangsa dalam tembakan tersebut.

9. Anak Yang Bertanggungjawab - Hussein El- Umari

Beliau datang ke New Zealand bersama ibu bapanya. Beliau menjaga kedua ibu bapanya kerana mereka sudah berumur. Namun kini, ibu bapanya tidak lagi mempunyai siapa-siapa selepas beliau terbunuh dalam kejadian tembakan ini.

10. Doktor Yang Sentiasa Tersenyum - Amjad Hamid, 57 tahun

Seorang doktor yang baik hati dan disenangi oleh pesakitnya. Ahli keluarganya tahu, masjid itu adalah tempatnya mencari ketenangan. Namun, segala ketenangannya diragut sekelip mata apabila beliau ditembak oleh pengganas.

Sumber: Twitter Khaled Baydoun

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us