Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada baginda Nabi Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi kitab Al-Quran.

Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad. Ketika itu, baginda sedang beribadat di Gua Hira’.
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Nuzul Quran terjadi pada malam Isnin, 24 Ramadan, bersamaan 13 Ogos 610 M.

Perkataan ‘Nuzul’ itu sendiri merujuk kepada maksud ‘turun’ atau ‘berpindah daripada atas ke bawah’. Ketika itu, Malaikat Jibril membawa lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq kepada baginda Nabi Muhammad dan merupakan ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan ke dunia.

Semoga kita semua mengambil teladan dan sama-sama menghayati daripada kisah Nuzul Quran ini.
Wallahu A’alam.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.