Makan dalam kelas pada waktu rehat dan juga pemeriksaan suhu pada semua pelajar dan guru, merupakan antara normal baharu apabila sekolah kembali dibuka kelak.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan mula diedar kepada sekolah, menetapkan pemeriksaan suhu badan dan tindakan selanjutnya sekiranya bergejala.
"Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius... pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.
"Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya," kata kepada Bernama.
Tambah lagi, ibu dan bapa juga tidak perlu risau anak-anak berebut ke kantin kerana aspek penjarakan sosial akan diterapkan dan waktu rehat pelajar juga akan dijalankan secara berperingkat selain perlu makan dalam kelas masing-masing.

Susunan meja dalam kelas juga kekal kepada jarak satu meter dan pelajar yang melebihi kapisiti kelas akan diletakkan dalam kelas lain.
Arah laluan pelajar dalam sekolah juga akan ditanda bagi mengelakkan pertembungan berlaku.
Bagi pelajar yang tinggal di asrama pula, jarak katil juga dibuat 1 meter dan dewan makan juga ditekankan penjarakan sosial.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.