Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang disebabkan pencemaran air mentah yang dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi, 19 Oktober 2020.
Henti tugas ini juga akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 1,196,457 akaun, merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Pihak Air Selangir juga akan menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terjejas, dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Senarai penuh kawasan boleh rujuk di laman sesawang Air Selangor.
Sumber: Air Selangor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.