Pernahkah anda membayangkan kipas pada siling rumah tercabut daripada tempatnya?
Nampaknya ia bukan lagi bayangan semata-mata kerana insiden berkenaan kini benar-benar berlaku.

Seorang netizen baru-baru ini berkongsikan gambar kipas siling lama rumah rakannya yang tercabut, hingga menyebabkan kecederaan kepada leher ibu rakannya itu.


Menurut Jasni Jjm, mujur kipas berkenaan dibuka dengan kelajuan yang perlahan ketika insiden berkenaan berlaku.
Terdahulu, kejadian yang hampir sama pernah berlaku kepada seorang jururawat di Johor tahun lalu, sehinggakan beliau mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala akibat ditimpa kipas yang tiba-tiba terjatuh.

Scaryyyyyy!
Sumber: Facebook Jasni Jjm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.