
Gambar: Daily Mail
Antara kacang tanah yang sedap adalah kacang tanah atas kapal terbang. Entah kenapa rasa dia lain macam sikit. Memang berbeza kacang tanah atau peanut yang berada di kedai dengan di dalam kapal terbang.
Tapi sekarang ni dah banyak syarikat penerbangan yang berhenti memberi kacang tanah sebagai makanan ringan. Syarikat-syarikat besar seperti Qantas, Air New Zealand British Airways dan yang terbaru Singapore Airlines!
Tapi kenapa perlu berhentikan bagi kacang tanah?
Alasan yang sebenar masih belum diketahui. Tapi, pernah ada satu kejadian di mana seorang kanak-kanak yang alah dengan kacang telah mengalami alahan yang teruk apabila ada penumpang yang membuka pek kacang tanah di dalam kapal terbang.
Kanak-kanak tersebut telah muntah-muntah, bengkak di bahagian mata dan tidak dapat bercakap dengan baik. Jadi, mungkin sebab ni lah kot kenapa syarikat penerbangan ambil keputusan untuk berhentikan memberi kacang tanah pada penumpang.
Sumber: Rojak Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.