Bermula hari ini, 1 Julai 2020, semua pawagam sudahpun mula dibuka kepada orang ramai, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun pembukaan pawagam ini adalah perlu mengikut kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, antaranya adalah duduk selang satu kerusi antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian oleh Golden Screen Cinemas (GSC) semalam, pihaknya memberi peringatan kepada penonton agar menjaga jarak antara satu sama lain, termasuklah mereka yang datang bersama dengan pasangan.

“Saya datang dengan teman wanita/teman lelaki, tak boleh duduk bersama? Saya datang dengan rakan saya, boleh duduk bersama? Dari rumah yang sama, tak boleh? Boleh duduk atas peha?
“HELLO. TAK BOLEH,”, tulis GSC yang mendapat ribuan tanda suka dan komen di Facebook.
Nyata pengguna rata-rata memberikan pelbagai reaksi dan pendapat masing-masing termasuklah mereka yang selama ini sudahpun biasa menyendiri ketika menonton wayang.
Sumber : GSC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.