Sepasang kasut unik yang direka bentuk oleh Adidas bersama pembuat porselin dari Jerman, Meissen, berkemungkinan menjadi kasut pertama dengan harga jualan mencecah AS$1 juta (RM4.07 juta).

Kasut yang direka berdasarkan model popular Adidas ZX8000 itu diwarnakan oleh pekerja kraf Meissen, dijangka mencatatkan rekod baru dunia bagi kategori kasut latihan.

Sebelum ini, rekod dunia bagi kasut sneakers dipecahkan oleh Nike Air Jordan 1s, yang dijual oleh firma lelongan Christie’s pada harga AS$615,000 (RM2.05 juta), Ogos lalu.
Kasut Adidas-Meissen yang dilelong oleh Sotheby’s ini dijangka akan dibeli oleh pengumpul koleksi pada harga mencecah AS$1 juta (RM4.07 juta) dalam siri lelongan yang akan berakhir 16 Disember ini.

Ada sesiapa berminat nak beli kasut baru?
Sumber: Design Boom
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.