Sumber TheDodo

Seekor kambing yang dijumpai telah sesat berkeliaran dikawasan perumahan, telah diselamatkan dan dibela oleh Leanne Lauricella daripada Pusat Jagaan Kambing Anarchy, di New Jersey.
Kambing malang ini telah buta kedua belah matanya, dan mempunyai masalah saraf. Bukan itu sahaja, kambing yang diberi nama Polly ini juga mempunyai perasaan takut.
Menurut pemiliknya, Polly akan berada dipenjuru dinding sepanjang masa kerana takut dan menjilat dinding.

Bagi menenangkan kambing ini, Polly telah dipakaikan dengan kostum itik. Menariknya, Polly kembali ceria dan tidak lagi menyorok dipenjuru dinding selepas dipakaikan kostum tersebut.



Haha. Macam-macam hal lah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.