Jika anda biasa menonton filem Harry Potter, pasti anda mengetahui akan magik yang mampu menghilangkan seseorang daripada pandangan, atau lebih dikenali sebagai halimunan.
Ia nampaknya akan menjadi kenyataan apabila sebuah firma ketenteraan berjaya menghasilkan jubah halimunan atau ‘Quantum Sheath’.

Jubah berskala besar ini bukan sahaja mampu digunakan kepada manusia, malah ia boleh digunakan kepada kenderaan, kapal, pesawat, bangunan, dengan membengkokkan cahaya disekitar sasaran untuk membuat sasaran tidak kelihatan.


Dibangunkan oleh Hyperstealth Biotechnology Corporation dari Kanada, Quantum Sheath ini juga boleh menyembunyikan objek dan manusia dalam spektrum inframerah dan juga ultraungu. Bermaksud, jika disuluh dengan lampu UV, sasaran masih lagi dilindungi dan tidak kelihatan.

Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.