Sekumpulan penyelidik daripada Jepun yang bertanggungjawab mencipta lif angkasa, dikhabarkan akan mencuba model mini lif ke angkasa mereka minggu hadapan.
Model mini lif berkenaan akan dibawa oleh kapal angkasa H-2B daripada Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dan akan dilancarkan dari sebuah pulau di Tanegashima.
Model berkenaan dikatakan dalam sebuah kotak mempunyai saiz 2.4 inci tinggi, 3 cm lebar dan 3 cm panjang. Ia akan digantung juga pada sebuah kabel nanokarbon yang disambung dengan International Space Station.


Jika model berkenaan berjaya, lif ke angkasa ini akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2050.
Sumber: Next Shark
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.