Sumber : Cosmopolitan
Putus cinta memang sesuatu yang menyakitkan. Ramai yang jadi hilang pertimbangan selepas putus cinta dan lakukan perkara yang tak elok. Tapi kalau korang buat 5 hal ni lepas putus cinta, mungkin lebih mengeruhkan keadaan ?

1. Hubungi ex korang semula
Tipulah siapa yang putus cinta tak terkenangkan bekas kekasih korang. Tapi tak perlulah sampai nak hubungi dia. Pastinya dia tahu yang korang tak boleh hidup tanyanya.
2. Update kekecewaan di media sosial
Ni perkara paling ramai orang buat ! Update segala apa yang korang rasa di media sosial. Faham korang sedih, tapi daripada biarkan dia tahu korang tengah sedih baik buat semua orang tahu yang korang seorang yang kuat !

3. Potong rambut
Bukan tak boleh nak potong rambut, kalau rasa potong rambut dalam keadaan terburu-buru takut nanti menyesal. Tapi sekiranya nak mulakan hidup baru dan rasa lebih segar daripada sebelumnya. Silakan!
4. Pulangkan atau buang segala pemberian bekas kekasih
Tak perlu buang, mungkin lagi 10 tahun akan datang korang akan mentertawakan diri korang bila tengok semua barang tu hahaha !

5. Cari pengganti
Memang perlu cari pengganti. Tapi kalau sekadar nak isi masa lapang dan kesunyian korang mungkin cari masalah baru

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.