Nama pasangan kembar, Ieka Tajudin dan Iera Tajudin pernah menjadi sebutan dilaman sosial akibat kontroversi yang dicetuskan secara tidak sengaja oleh mereka sendiri.

Baru-baru ini, pasangan kembar Instafamous ini tampil menerusi sebuah video berdurasi 20 minit, menceritakan tentang kisah sebenar yang menjadi punca mereka memperoleh keputusan 7G bagi peperiksaan sewaktu zaman persekolahan.

Menurut kembar terbabit, segalanya bermula ketika mereka bersekolah di Sekolah Menengah Setia Alam. Sewaktu tingkatan dua, majoriti rakan mereka mulai menjauhkan diri daripada mereka.
Tambah lagi, pasangan kembar ini juga pernah dibuli, menyebabkan mereka menjadi tertekan dan murung. Disebabkan itu, mereka enggan ke sekolah dan menghadiri peperiksaan.
“Kami dah tak tahan, kami tak nak sambung sekolah lagi.”, kata mereka.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.