Ada banyak ragam penggemar kopi. Ada orang tidak boleh hidup tanpa kopi, ada yang mesti minum kopi setiap pagi untuk kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari dan tidak kurang juga yang minum kopi untuk tujuan sosial-lepak sembang kedai kopi.
Walaupun anda sifatkan diri penggemar kopi tegar dan tidak boleh mulakan hari tanpa secangkir kopi, anda masih belum layak dikatakan coffee snob. Coffee snob cukup cerewet dan tidak minum sebarangan kopi. Mereka seperti ensiklopedia kopi bergerak... hanya kopi terbaik menjadi pilihan.
Adakah anda mempunyai tanda-tanda ini? Jika ya, anda sememangnya coffee snob yang dicari!
1) Kopi = tenaga
Sehari tanpa kopi, hidup serba tidak kena, mood swing dan lemah lesu tidak bermaya. Pendek kata tidak kira di mana berada, anda WAJIB mulakan hari dengan secawan kopi.
2) Anda Paling Pantang?
Espresso bukanlah kopi O, kandungan kafeinnya lebih tinggi dan rasanya lebih pahit. Sebutannya juga tiada X... Espresso bukannya expresso! Coffee snob paling pantang, pergi bercuti atau ke mana-mana tanpa stok kopi di dalam beg. Iyalah, mood bercuti hilang, bila badan lesu kekurangan kafein.
3) Bahasa Kopi
Anda tidak menyebut kecil, sederhana atau besar tetapi short, tall, grande dan venti. Anda tahu perbezaan Robusta dan Arabica dan cukup mahir membezakan antara americano, cappucino, latte dan macchiato. Frappuccino juga tidak dianggap sebagai kopi tetapi lebih kepada dessert.
4) Ibarat Orang Angau Bercinta
Cara anda describe kopi bukan sekadar pahit, kurang lemak atau terlebih manis. Coffee snob akan hidu aroma kopi sebelum merasanya. Mereka describe rasa dan aroma kopi seperti earthy, spicy, floral, nutty, citrus, cocoa dan berry.
5) Saintis Kopi
Anda ada mesin kopi sendiri di rumah untuk menghasilkan kopi terbaik yang menepati selera anda. Itu dulu, kini anda tidak perlu bersusah payah lagi.

Tidak kiralah anda coffee snob atau sekadar hantu kopi, anda hanya perlukan platinum standard kopi instant ESSENSO™ MicroGround Coffee yang hanya menggunakan biji-biji kopi Arabica terbaik yang dikisar sempurna dan dicampur dengan premium Arabica instant coffee untuk memberikannya tekstur halus. Rasa kopi instant ESSENSO™ MicroGround Coffee ini cukup asli sehingga coffee snob pun menggemarinya.
Bayangkan rasa kopi 'kaw' dengan aroma memikat. Bijian kopi beraroma yang dikisar sempurna dengan teknik MicroPlus untuk mengekalkan rasa biji kopi dengan cara mengisarnya menjadi halus sempurna pada kelajuan rendah, di ruang bebas oksigen dan persekitaran bersuhu rendah. Hasilnya, kopi asli dengan rasa yang cukup sempurna!

Anda tentunya tidak menolak kopi percuma! Rebut peluang memenangi stok kopi selama enam bulan untuk tempat kerja anda dari supercoffee. Hanya dengarkan ERA FM atau daftar online di http://bit.ly/2yJqcsl dan ceritakan mengapa anda ingin memberikan tenaga positif kepada tempat kerja anda. Dua pendengar bertuah akan dipilih memenangi hadiah.

Layari ESSENSO Malaysia untuk maklumat lanjut. #worldstopping
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.