Musim konvokesyen kini sudah bermula dengan kebanyakkan institut pengajian mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan pelajar-pelajar yang sudah tamat pengajian.

Terbaru, tular video graduan kursus seni kebudayaan dari Universiti Malaya mengambil skrol diatas pentas sambil menari. Video dikongsikan oleh Izhar Fahmie menerusi laman Twitter miliknya.
Rata-rata netizen menunjukkan keterujaan mereka apabila menonton video tersebut, malah hingga ada yang mahu menukar kursus mereka.
Tambah lagi, ia merupakan satu tradisi buat pelajar Ijazah Seni Persembahan Tari, Sarjana Muda Seni Tarian untuk menari sebelum mengambil skrol ijazah masing-masing.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.