Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang untuk melihat sendiri fenomena bulan terang, atau lebih dikenali sebagai 'Super Pink Moon'.

Menurut laman sesawang Time And Date, fenomena ini akan berlaku pada hari Rabu ini, 8 April 2020 kira-kira jam 11:30 malam.

Meskipun dikenali sebagai 'Super Pink Moon', ia bukanlah berwarna merah jambu seperti namanya, sebaliknya ia akan berwarna kuning keemasan dan lebih terang daripada cahaya bulan biasa.

Menurut laman The Old Farmer's Almanac, nama Super Pink Moon mendapat namanya kerana fenomena gerhana bulan ini akan terjadi ketika musim bunga jenis phlox merah jambu berkembang mekar.

Sumber: The Rakyat Post / Times And Date
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.