
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi kenyataan bahawa sebelum ini pihaknya menerima satu laporan berkaitan penyebaran gambar berkenaan.
“Pegawai penyiasat akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 972 dan ia akan diteruskan siasatan oleh USJT Bukit Aman," ujar beliau dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.