Saat melihat foto sang buaya ini, pasti ada yang merasa seram, takut dan tak kurang juga ada yang merasa kagum.

Foto diambil oleh seorang jurugambar dari India, Dhritiman Mukherjee menunjukkan seekor buaya berenang bersama lebih 100 ekor anak-anaknya yang masih kecil di perairan National Chambal Sanctuary, India Utara.
Kebiasaannya, buaya akan membawa anak-anaknya yang masih kecil kedalam mulut, namun berbeza dengan buaya spesis ini.
Tergolong dalam keluarga Gavialis gangeticus buaya ini mempunyai morfologi muncung yang tirus, membuatkan buaya jantan itu tidak meletakkan anaknya dalam mulut, sebaliknya hanya berpaut pada badan dan ekor sesama sendiri.

Kebiasaannya, buaya spesis ini mampu mencapai panjang sehingga 5 meter dengan berat 900 kilogram.
Foto berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi berbeza dari netizen.
Sumber: Kompas
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.