Filem keluaran Disney iaitu Aladdin, akan dibuat semula dalam versi ‘live action’, seperti yang didedahkan oleh pelakon, Will Smith dilaman Instagramnya.
Will Smith yang juga merupakan pelakon dalam filem Aladdin ini akan membawa watak sebagai jin yang terperangkap dalam lampu ajaib. Difahamkan filem Aladdin ini akan menemui penonton seluruh dunia pada 24 Mei 2019 selepas tayangan filem Dumbo pada bulan Mac.
Filem Aladdin arahan Guy Ritchie ini akan mempersembahkan beberapa lagu ciptaan Alan Menken bersama komposer Pasek dan Paul, yang juga amat terkenal dalam filem keluaran Walt Disney.
Penggambaran bagi filem ini telah bermula setahun yang lalu dan merupakan filem keempat yang diadaptasi menjadi sebuah filem manusia sebenar daripada animasi selepas filem Alice In The Wonderland (2010), Cinderella (2015) dan Beauty and The Beast (2017).
Sumber: Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.