Kumpulan dan selebriti Thailand terkenal iaitu Bright, Win, Dew dan Nani bakal mengadakan sesi bertemu peminat mereka di Malaysia sempena Shooting Star Asia Tour pada 5 November 2022.
Selain berpeluang bergambar bersama kumpulan F4, para peminat juga bakal menyaksikan idola mereka menyanyikan lagu-lagu yang hangat seperti Shooting Star dan Who am I. Pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan seperti pengagihan poster autograf, poskad dan gambar rasmi edisi terhad kumpulan ini juga bakal diadakan khas buat para peminat.

Tawaran eksklusif bergambar bersama kumpulan ini akan diberikan kepada pemegang tiket VIP manakala bagi peminat yang membeli tiket CAT1 dan CAT2 bakal memenangi peluang untuk bergambar bersama idola mereka.
Menurut penganjur utama Aco Media dan Asia Momentum Media (AMM), sesi bertemu peminat itu akan diadakan pada 5th November 2022 (Sabtu) di Pusat Konvensyen Tropicana Garden Mall.
Tiket Shooting Star Asia Tour akan mula dijual pada hari ini 12th Oktober, 2022, 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my/. Harga tiket adalah seperti berikut - VIP RM688 | CAT1 RM588 | CAT2 RM488 | CAT3 RM388 (Tidak termasuk RM4 yuran tempahan).
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.