
Atlet Olahraga Negara, Rayzam Shah Wan Sofian terkilan kerana elaun latihan yang diperolehinya sebelum ini sebanyak RM2000 dari Majlis Sukan Negara berkurang menjadi RM800 sebulan. Katanya amat sukar baginya untuk menyara kehidupan diri dan keluarga dengan elaun sebanyak itu.
Rayzam yang juga merupakan pemenang pingat emas 110 meter dalam acara lari berpagar pada tahun 2007 dan 2017 itu memberitahu jika dulu ketika atlet memenangi pingat emas gangsa atau perak, mereka tetap akan menerima elaun Latihan sebanyak RM2000 tetapi kini hanya pemenang pingat emas sahaja yang menikmati elaun RM2000, manakala perak dan gangsa hanya menerima elaun sebanyak RM800 sebulan.
Rayzam berharap pihak MSN dapat menimbang semula Tindakan drastik ini kerana boleh menjejaskan kehidupan atlet.
“Saya harap MSN ada budi bicara untuk mempertimbangkan potongan elaun ini kerana ramai atlet yang berjaya mengekalkan prestasi meskipun tanpa pingat emas.
Tambah Rayzam lagi, dia juga terfikir untuk mencari kerja lain dengan pendapatan yang lebih tinggi jika elaunnya dipotong . Baru-baru ini, MSN menggugurkan 144 atlet daripada program latihan kebangsaan kerana peruntukan dari kerajaan dikurangkan.
Sumber dari Utusan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.