Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dua bangunan di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, menjadi lokasi baru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa hari ini.

Ia susulan Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion ini dilaporkan mempunyai 15 kes baru positif COVID-19.

"Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan keempat PKPD.
"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu," katanya.
Dengan pelaksanaan perintah ini:
• Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan;
• Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan (essentials) di bangunan tersebut;
• Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan. Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup;
* Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD.
• Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama; dan sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perintah ini boleh menghubungi talian hotline Pusat Operasi MCO DBKL 03-4026 7222 atau 016-296 2982.
Sumber: Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.