Tidak mudah untuk mencapai kemerdekaan negara yang kita kecapi hari ini. Perjalanan yang cukup panjang sebelum Tunku Abdul Rahman mampu berdiri bangga melaung kalimah keramat, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dan sejak itu, 31 Ogos menjadi detik bersejarah Malaysia setiap tahun bagi merai kemanisan sebuah kebebasan.

Walaupun kita tidak di saat pertama kali laungan keramat dilaung 60 tahun lalu, tidak bererti kita ketandusan jati diri. Ogos ini semarakkan jiwa merdeka dengan menonton drama bersiri 6 episod yang dilakonkan pelakon ternama Malaysia. Drama eksklusif Astro ini bakal menemui anda mulai 26 hingga 31 Ogos jam 9 malam di Astro Prima (105), Astro Mustika HD (134), Astro XI Yue HD (300) dan Astro Vaanavil (201). Drama ini turut ditayangkan di Astro GO, On Demand dan NJOI NOW.


Anak Merdeka menjejak kembali cabaran dan pahit getir negara sepanjang 60 tahun kemerdekaan yang digambarkan melalui 3 watak utama. Bagaimana Salleh, Boon dan Devi melalui rintangan dan halangan bersama-sama. Jatuh bangun perniagaan, rusuhan kaum, banjir dan tragedy berdarah. Semangat setiakawan, perpaduan, saling menghormati dan kejujuran menjadikan asas kekuatan… Merekalah wira dalam kelas tersendiri.

Anak Merdeka menampilkan para pelakon hebat seperti Remy Ishak, Thanuja, Tiz Zaqyah, Elvis Chin dan Sarah Lian. Drama pendek bersiri ini turut mendapat sentuhan empat pengarah hebat iaitu Shamyl Othman, Matt Lai, Aziz M. Osman dan Kabir Bhatia. #kitasamahero
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.