Pernahkah anda terlupa untuk buat sesuatu apabila memasuki bilik melalui pintu?

Jika ya, anda mungkin mengalami ‘Doorway Effect’.
Kajian yang dijalankan oleh Gabriel Radvansky dan kumpulannya dari University of Notre Dame menunjukkan perubahan ingatan terhadap bilik yang berbeza keatas 12 orang peserta.

Hasil daripada kajian menunjukkan, peserta yang melalui pintu bilik mempunyai daya ingatan yang lemah berbanding mereka yang tidak melalui pintu.
Ahli psikologi merumuskan, aktiviti yang melibatkan bilik atau ruang berbeza menghasilkan ‘mental block’ dalam otak seseorang. Dalam erti lain, mereka yang melalui pintu menjadikan ingatan mereka terbahagi kepada beberapa bahagian lain, menyebabkan mereka lupa seketika.

Kesan daripada ‘doorway effect’ ini menyebabkan seseorang itu mengalami ‘location updating effect’ buat sementara waktu.
Sumber: Science ABC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.