Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

“Peduli Apa?” Cikgu Di Sarawak Ni Bertarung Dengan Pelbagai Kesukaran Demi Mendidik Kanak-Kanak Di Pedalaman

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan atas pengorbanan Cikgu Nazmi!
Dayana Sobri
25 May 2021, 09:57 PM

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Kredit: Taylor’s College

Korang ingat lagi tak sebulan yang lalu, kitorang ada artikel tentang peraduan RISE Educator Award? Haa, sekarang kita dah pun ada pemenangnya, iaitu Cikgu Nazmi yang mengajar di kampung-kampung terpencil di Sarawak! Atas jasa dan pengorbanannya, beliau telah menerima bukan satu tetapi dua penghargaan iaitu “RISE Educator Award” dan “RISE Educator of the Year”! Tahniah Cikgu Nazmi!

Apa yang membuatkan cikgu Nazmi begitu berkobar-kobar dalam mengajar kanak-kanak yang tinggal di pedalaman ni? Sebab beliau selalu dengar kata-kata dan pandangan sinis masyarakat tentang mereka yang tinggal di pedalaman.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Cikgu Nazmi sebagai pemerintah Mesir Kuno. Kredit: Taylor’s College

Contohnya seperti “diorang tak akan mampu pergi jauh” dan sebagainya. Disebabkan oleh diskriminasi macam nilah Cikgu Nazmi enggan berputus asa demi perkembangan akademik kanak-kanak yang berpotensi ini, dan sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mengajar mereka. Beliau terinspirasi dengan Profesor Marvel Charles Francis Xavier (Profesor X) dalam filem X-Men.

Atas usaha, pengorbanan, dan populariti Cikgu Nazmi di kalangan para pelajarnya yang amat menghargai beliau, Cikgu Nazmi menang melalui undian umum dengan jumlah undian tertinggi manakala RISE Educator of the Year pula diberikan oleh panel hakim.

Seorang ibu kepada pelajar Cikgu Nazmi sanggup merantau lebih tiga jam semata-mata nak calonkan Cikgu Nazmi dalam peraduan ni!

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Kredit: Taylor’s College

Bersempena dengan Hari Guru, Taylor's College dan The Risers telah melancarkan Anugerah RISE Educator untuk meraikan guru yang telah memberi impak kepada kehidupan pelajar di Malaysia, yang membolehkan ibu bapa dan pelajar mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka.

Seorang ibu, Jenny Bulan Gelawat, menempuh perjalanan lebih tiga jam dari Kampung Long Sukang ke bandar terdekat demi mendapatkan sambungan Internet untuk mencalonkan Muhammad Nazmi (Cikgu Nazmi) untuk anugerah tu, agar usahanya diketahui orang ramai.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Kredit: Taylor’s College

Cikgu Nazmi dari SK Luagan, Lawas, yang sebelumnya merupakan seorang guru di SK Long Sukang selama empat tahun, mendedahkan bahawa anak-anak dari kampung-kampung luar bandar Sarawak - terpencil dari dunia luar di mana bandar yang terdekat pun terletak kira-kira empat jam perjalanan melalui jalan balak – sememangnya jauh ketinggalan dalam pelajaran berbanding para pelajar yang tinggal di bandar.

“Pada hari pertama saya di SK Long Sukang, saya sepatutnya mengajar mereka mengenai urus niaga wang, tetapi saya menyedari kanak-kanak di sana tak pernah langsung lihat mesin ATM. Mereka juga menghadapi masalah menulis karangan.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Tapak arkeologi yang direka demi pembelajaran yang lebih berkesan. Kredit: Taylor’s College

“Kadang-kadang soalan peperiksaan yang ada adalah seperti menceritakan pengalaman mereka pergi ke pantai atau naik kapal terbang, tapi mereka tak pernah langsung ke pantai atau naik kapal terbang, " kata Cikgu Nazmi.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Para pelajar cikgu Nazmi sedang beratur untuk ‘menaiki’ kapal terbang. Kredit: Taylor’s College

Memandangkan kampung-kampung di pedalaman dikelilingi oleh hutan tebal tanpa sambungan Internet, jaminan elektrik, dan liputan yang teruk, cikgu Nazmi menjelaskan bahawa kesemua ini boleh menurunkan motivasi para guru yang dah biasa dengan keadaan di bandar.

Selain itu, ramai yang memandang kanak-kanak pedalaman ini sebagai “golongan yang tiada harapan”. "Orang selalu cakap pada saya; tak perlulah nak bersusah-payah. Mereka tidak akan ke mana-mana. Kamu ajar mereka hari ini, esok lusa mereka akan lupa. Jadi apa gunanya?" terang Cikgu Nazmi.

Kelas-kelas cikgu Nazmi semuanya fun dan adventurous!

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Menunjukkan contoh lokasi jenayah. Kredit: Taylor’s College

Memandangkan para pelajarnya sering menjadi mangsa diskriminasi oleh masyarakat sama seperti para mutan dalam X-Men, Cikgu Nazmi membuat keputusan untuk menerapkan konsep Danger Room dalam sesi pembelajaran.

"Dalam komik X-Men, Profesor X membawa semua mutan dan melatih mereka di Danger Room, di mana dia menggunakan simulasi holografik dunia luar. Saya melihat bahawa para pelajar saya menghadapi perkara yang sama - mereka terputus dari dunia luar, mereka didiskriminasi. Oleh itu, saya membawa dunia luar kepada mereka,” jelas Cikgu Nazmi.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Cikgu Nazmi mengajar apa yang perlu dibuat bila di kolam renang. Kredit: Taylor’s College

Seperti yang dinyatakan dalam pencalonan Jenny, Cikgu Nazmi telah mensimulasikan dan membina pelbagai senario di dalam kelas dengan menggunakan bahan yang mudah didapati, seperti membina kolam renang menggunakan 200 beg plastik, mesin basuh yang dicipta dengan kadbod, dan kereta api yang dicipta menggunakan beberapa perabot yang ada.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Mesin basuh kadbod yang amat menyerupai mesin basuh sebenar. Kredit: Taylor’s College

Hasilnya, pelajar-pelajar di sana mula menampakkan kemajuan walaupun hanya empat orang murid di seluruh sekolah tersebut lulus dalam peperiksaan kertas karangan mereka empat tahun yang lalu.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Para pelajar role-play sebagai wartawan dan jurukamera. Kredit: Taylor’s College

Masa Cikgu Nazmi dipindahkan ke Lawas, SK Long Sukang telah menghasilkan pelajar yang mendapat markah tertinggi di daerah ini.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Sesi role-play yang menyeronokkan. Kredit: Taylor’s College

PKP memberi dugaan yang tersendiri bagi sesi pengajaran Cikgu Nazmi

Perintah Kawalan Pergerakan di Sarawak baru-baru ini memberi kesan kepada kemajuan para pelajar sekolah di pedalaman, sebab semua cikgu hanya diberi satu pilihan, iaitu pengajaran dalam talian.

"Kami berusaha untuk mendapatkan beberapa pilihan dalam kaedah mengajar, tapi semua idea kami ditolak," kata Cikgu Nazmi. Walaupun ada saluran Pendidikan TV, sumber ilmu dalam Internet atau TV, semua itu tidak tersedia untuk kanak-kanak di pedalaman.

Oleh itu, bersama-sama dengan pengetua SK Long Sukang, Cikgu Nazmi menaiki lori selama berjam-jam ke 13 buah kampung terpencil demi menghantar kerja rumah dan barangan keperluan sekolah kepada 111 orang pelajar – sebuah usaha yang kini dikenali sebagai mod “off-site”, yang telahpun diterima oleh Kementerian Pendidikan khusus untuk pelajar miskin luar bandar dan bandar.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Cikgu Nazmi kekal dengan misinya walaupun PKP berlangsung. Kredit: Taylor’s College

Model pembelajarannya di luar lokasi telah berjaya kerana kerjasama dari ibu bapa dan penduduk kampung seperti Jenny, yang menjadikan rumahnya sebuah 'pusat pembelajaran' agar pelajar sekolah dapat berkumpul dan memperoleh bahan pembelajaran setiap kali PKP muncul.

“Pepatah orang putih ada mengatakan; it takes a village to raise a child.  Pengalaman saya ini sememangnya adalah contoh yang harfiah,” kata Cikgu Nazmi.

Tahniah dan terima kasih juga buat para pendidik ini yang menerima anugerah!

Kisah Cikgu Nazmi ni adalah satu daripada lima pencalonan yang dipilih sebagai finalis untuk Anugerah RISE Educator. Dengan meraih lebih 20,000 ‘likes’ secara keseluruhan di laman Facebook Taylor's College, antara guru-guru lain yang memberi inspirasi termasuklah:

  • Abdul Muiz Hussin - yang belajar bahasa Mandarin demi mengajar bahasa Mandarin ke sebuah perkampungan nelayan,
  • Hairul Azuan - yang membantu mengumpulkan dana untuk mereka yang memerlukan di komuniti FELDA,
  • Law Yee Chen - yang berusaha untuk memastikan pelajar yang lemah dapat memiliki akses ke peranti dan data Internet untuk pembelajaran dalam talian; dan
  • Teo Yuang Teck - yang melihat potensi dalam pelajar yang berbeza dan mengajar mereka tentang computer programming.

“Menyokong generasi masa hadapan adalah suatu usaha dan tanggungjawab masyarakat, dan kami sangat gembira kerana Anugerah RISE Educator telah memaparkan pelbagai kisah kebaikan, belas kasihan, tekad dan kreativiti luar biasa yang ditunjukkan oleh para guru dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan juga kami di Taylor's.

“Dan kerana masyarakat perlu mengambil peranan untuk memastikan tiada kanak-kanak yang ketinggalan dalam pendidikan mereka, Taylor's College berhasrat untuk menyumbangkan alat pembelajaran DuckiePi yang dicipta oleh para pelajar Taylor’s kepada SK Long Sukang, yang telahpun diisi dengan program pendidikan demi kepentingan para pelajar di sana,” kata Josephine Tan, Pengarah Kampus Taylor's College.

“peduli apa?” cikgu di sarawak ni bertarung dengan pelbagai kesukaran demi mendidik kanak-kanak di pedalaman

Kredit: Taylor’s College

Anugerah ini juga merangkumi Edisi Taylorian, yang dimenangi oleh pensyarah Taylor's College iaitu Raja Imran Raja Azhar, di mana para pelajar beliau menganggapnya sebagai seorang yang amat terperinci dan mempunyai harapan yang tinggi terhadap para pelajarnya; dan sanggup berkorban demi menerangkan bahan pengajaran kepada mereka.

Para pemenang Anugerah RISE Educator memenangi wang tunai RM2,000 setiap seorang; sementara penama mereka pula membawa pulang wang tunai RM500. Korang juga boleh baca lima kisah finalis yang disenarai pendekkan di  Taylor’s College Facebook.

Untuk info lanjut dan terkini tentang Taylor’s College, layari  college.taylors.edu.my.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us