Sebelum ini kami telah menerbitkan artikel yang bertajuk “Ini 9 Sebab Pelajar 10A SPM Tolak Masuk Universiti Dan Pilih Tingkatan 6” dan mendapat pelbagai respon daripada pelajar, khususnya lepasan tingkatan 6.

Menerusi portal GPS Bestari, terdapat 9 kelebihan sekiranya pelajar memilih untuk ke tingkatan 6, antaranya seperti berikut:
- Diiktiraf oleh University of Cambridge. Sijil setaraf dengan A-Level dan diterima oleh universiti setara dunia.
- Menghasilkan pelajar yang lebih matang kerana pendedahan sukatan pelajaran yang lebih komprehensif.
- Menghasilkan pelajar yang lebih berdikari.
- Merupakan permulaan yang baik sebelum menjejak kaki ke universiti.
Buat mereka yang memohon untuk ke Tingkatan 6, keputusan bagi tawaran kemasukan ke tingkatan enam semester 1 tahun 2019 Kementerian Pendidikan (KPM) boleh disemak mulai hari ini, 16 April 2019 hingga 17 Mei 2019.
Semakan boleh dibuat melalui:
1. Laman sesawang KPM https://www.moe.gov.my atau,
2. Taip MOE<jarak>T6<jarak>ANGKAGILIRAN & SMS ke 15888 atau,
3. Taip MOE<jarak>T6<jarak>NOMBOR KP & SMS ke 15888

Good luck!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.