
Sumber: Siakapkeli & FB BAPA Kucing
Haiwan peliharaan yang paling menjadi pilihan tak kira kanak-kanak, dewasa atau pun orang tua adalah kucing. Kucing memang haiwan yang sangat manja. Kalau dah masanya nak perhatian dan manja bulu tu lah yang kita akan usap-usap kan?
Paling best bila dapat kucing yang badan berisi dan bulu tebal. Rasa macam tidur atas karpet je peluk. Seorang pengguna Facebook BAPA Kucing kongsi satu tips bagaimana dia guna kuning telur untuk pastikan bulu kucingnya lebat dan tak gugur.
Tips penjagaan bulu kucing. Murah dan jimat.
Beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus. Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing anda makan. Cuba campurkan pada makanan dia. Beri makan masa dia lapar lagi senang. Untuk melebat dan merawat bulu gugur.


Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.