Sepasukan doktor di India berjaya mengeluarkan 526 gigi dari dalam mulut seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun.

Ravindran dilaporkan sering mengadu rasa sakit pada rahang bawah sejak berumur 3 tahun.

Doktor yang membedah kanak-kanak ini akhirnya menemui punca kepada rasa sakit itu selepas menemui beberapa struktur keras yang tumbuh dalam rahangnya.
Pembedahan yang memakan masa kira-kira lima jam itu dilakukan di Saveetha Dental College and Hospital di Chennai.
“Struktur seperti gigi itu terdapat dalam beberapa saiz antara 0.1 milimeter (mm) dan 15 mm. Ia kelihatan seperti mutiara dalam tiram. Struktur itu juga mempunyai akar dan lapisan enamel seperti gigi, “ kata Dr Pratibha Ramani.
Pada 2014, kes sama melibatkan 232 gigi dikeluarkan dari mulut seorang remaja di Mumbai.
Sumber: WFLX

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.