Nangka merupakan antara buah-buahan yang cukup popular di Malaysia, kerana ia memiliki bau dan rasa yang cukup unik.

Siapa sangka, buah nangka yang biasanya dibuat masak gulai lemak, boleh dijadikan pengganti kepada daging, malah ia cukup popular dalam kalangan mereka yang mengamalkan vegetarian.

Menurut laporan, dalam setiap ulas buah nangka, ia mengandungi 2.8 gram kandungan protein, dan kaya dengan tenaga serta serat serta bebas daripada lemak tepu.
Malah, sesetengah orang percaya nangka boleh dijadikan ubat bagi penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, demam dan cirit-birit.

Pokok nangka yang banyak tumbuh di negara Asia Tenggara, kini menjadi popular dan banyak permintaan tinggi dari seluruh dunia.
Sumber: Healthline
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.