Seorang lelaki tidak menyangka wanita yang baru sahaja dikenalinya akan membawa 23 orang saudara-mara ketika pertemuan pertama kali mereka.

Memetik laporan dari Daily Mail, kejadian berlaku di China itu menyaksikan pertemuan pertama kali lelaki bersama wanita yang pada awalnya diaturkan oleh ibu lelaki berkenaan yang risau anaknya tidak bertemu jodoh.
Namun tak sangka pula wanita itu membawa 23 orang sanak saudaranya dengan niat untuk melihat sama ada lelaki berkenaan sanggup menampung keluarga besarnya atau tidak.
Rancangan wanita itu nyata berjaya dihalang oleh lelaki berkenaan apabila beliau berjaya melarikan diri ketika mereka sedang khusyuk makan.
Disebabkan lelaki itu berjaya melarikan diri, wanita berkenaan perlu membayar kesemua bil makan sanak saudaranya yang mencecah lebih daripada RM12,000.
Mujurlah lelaki berkenaan sanggup membayar separuh daripada jumlah bil itu kepada wanita berkenaan selepas insiden makan malam tersebut.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.