Kalau anda pernah menaiki kapal terbang, mesti kena melalui sistem keselamatan. Dan kita terpaksa buang semua benda yang mengandungi metal dan meletakkan dalam satu tray untuk melalui sistem pengesan.

Untuk pengetahuan anda tray yang digunakan untuk meletakkan barang-barang tu antara tempat yang paling banyak kuman. Perkara ini telah dikeluarkan dalam jurnal Penyakit Berjangkit BioMed.
Mereka telah menjalankan ke atas bekas plastic di Lapangan Terbang Helsinki yang diambil daripada 3 musim selesema puncak yang berlainan pada tahun 2015 dan 2016.

Kajian menunjukkan empat daripada lapan sampel mengandungi rhinovirus atau adenovirus yang mana boleh kedua-dua virus tersebut menyebabkan gejala seperti badan terasa sejuk.

Penulis utama artikel tersebut berkata, tray imbasan di lapangan terbang adalah benda yang paling biasa tercemar dan merupakan salah satu permukaan di lapangan terbang paling terdedah untuk menyebarkan virus bahaya kepada penumpang.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.