Family adalah orang yang paling rapat dengan kita. Apa pun yang kita buat mesti dahulukan ahli keluarga. Sebab diorang lah yang akan sentiasa menghulurkan bantuan tatkala kita susah dan mereka lah yang akan menasihati jika ada perkara-perkara yang sukar.
Jadi, hubungan dengan family sangat lah penting. Maka, ada beberapa cara yang kita boleh buat untuk mengeratkan hubungan dengan family.
#1 Bercuti bersama keluarga

Kredit: shutterstock
Lepas dah lama sangat tak berjumpa, apa kata korang luangkan masa bersama keluarga dengan pergi bercuti bersama-sama. Alah, tak payah jauh-jauh pun. Cukup lah sekadar pergi berkelah di pantai ataupun bersuka ria di taman tema. Tempat tak penting, yang penting momen bersama, kan?
#2 Breakfast bersama keluarga

Kredit: shutterstock
Jika pulang ke kampung, apa kata cari masa untuk breakfast dengan keluarga. Waktu ni lah kita boleh update tentang hal masing-masing. Bayangkan makan nasi lemak dan menghirup teh tarik kaw sambil menatap wajah ahli keluarga, mesti bahagia kan?
#3 Kemas rumah sama-sama

Kredit: shutterstock
Antara aktiviti lain yang korang boleh buat untuk eratkan hubungan dengan ahli keluarga ialah kemas rumah. Adik tolong lap tingkap, kakak tolong kemas ruang tamu, abang potong rumput, ayah pula cuci longkang. Emak pula sediakan kudapan untuk dinikmati bersama lepas dah letih kemas rumah bersama. Hati mesti gembira dapat bersama keluarga dan lihat rumah bersih, kan?
#4 Main game dengan ahli keluarga

Kredit: Shutterstock
Selalu kita main game dengan kawan-kawan. Apa kata kali ni kita main dengan ahli keluarga. Tak kisah lah online game ke board game kea tau permainan tradisional sekali pun. Waktu ni lah kita boleh kenal ahli keluarga kita dengan lebih dekat. Mesti best gelak ketawa bersama-sama.
#5 Minum petang dengan ahli keluarga

Kredit: shuterstock
Orang dahulu jadikan minum petang dengan ahli keluarga sebagai satu tradisi untuk mengeratkan hubungan. Jadi, apa kata kita teruskan tradisi ni untuk eratkan hubungan dengan keluarga kita. Waktu minum petang ni lah kita boleh throwback momen-momen dahulu kala sambil pekena kuih muih tradisional.
Tapi, korang pasti perlukan sesuatu yang boleh membuatkan hubungan tu semakin bertambah erat di samping buat aktiviti-aktiviti tu kan?
Kalau korang terfikir benda apa yang boleh mengeratkan hubungan keluarga dan disukai semua, mungkin korang boleh mencuba teh tarik Lipston Ekstra Kaw’. Siapa je yang tak suka teh tarik kaw, kan?
Bayangkan bila korang berkumpul bersama ahli keluarga, update cerita masing-masing sambil menikmati air tangan ibu dan ditemani air teh tarik yang mempunyai rasa teh yang pekat dan aroma yang sempurna. Perghh! Perfect!

Bersempena Hari Teh Tarik pada 15 September ini, pengeluar jenama teh nombor satu dunia yakni, Lipton telah melancarkan kempen JOM TEH TARIK TEHGETHER. Jadi, apa kata korang luangkan masa pada hari tersebut dengan melakukan aktiviti bersama keluarga di samping teh tarik Lipton Estra Kaw. Mesti hari tu akan menjadi hari yang bermakna buat korang dan keluarga. Jangan lupa tau!

Selamat Hari Teh Tarik, Malaysia!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.