Adakah anda perasan dengan beberapa imej yang kini sedang tular dilaman sosial, dimana ia boleh menunjukkan siapakah selebriti yang mempunyai wajah sama dengan imej yang dimuatnaik?

Imej berkenaan telah menggunakan aplikasi Gradient, dan ramai menyangka ia adalah satu aplikasi jenaka. Namun sebenarnya, ia merupakan satu aplikasi yang cukup merbahaya.
Mungkin anda tidak menyedari, aplikasi terbabit hanya boleh digunakan secara percuma selama tiga hari sahaja, dan selepas tempoh itu anda akan dikenakan bayaran $3.99 sebulan atau $19.99 setahun.

Jika anda ingin membatalkan langganan, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat tempoh percubaan, atau tidak anda akan dikenakan bayaran seperti yang tertulis pada ruang description.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna merungut kerana mereka sukar untuk membatalkan langganan keatas aplikasi yang dibangunkan oleh Ticket To The Moon Inc. ini.


Sumber: Amanz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.