Jika anda sering meluangkan masa di laman sosial, sudah pasti anda pernah menonton mana-mana video lukisan 3D ‘super-realisitic’, yang membuatkan anda seakan tidak percaya ia adalah sebuah lukisan.

Namun jangan risau kerana bukan anda sahaja yang ‘tertipu’ dengan lukisan 3D ini, tetapi seekor kucing berusia 5 bulan pun tertipu dengan lukisan ikan yang difikirnya ikan sebenar.
Diberi nama Mai Mai, kucing dari China dengan baka British Shorthair ini merupakan kucing yang sangat teruja dengan makanan.

Kucing ini ditunjukkan dengan lukisan 3D oleh pemiliknya, Mr. Ling, seorang pelukis dari China yang sudah mula melukis lukisan 3D sejak 8 tahun lalu.
Pada mulanya, Mai Mai hanya memerhatikan hasil seni dihadapannya, sebelum bertindak menjilat ‘ikan’ yang sangkanya betul.

Kesian anak kucing ni keliru lukisan dengan ikan yang sebenar!
Sumber: DailyMail UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.