Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.

Dalam kenyataan pada jam 11.15 pagi itu memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat di Terengganu adalah daerah Kemaman manakala kawasan di Pahang adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta daerah Mersing di Johor.
Manakala di di Kelantan dan Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun pula amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku.
Keadaan yang sama juga diramalkan berlaku sehingga esok di Pahang (Tanah Tinggi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), manakala Sabah membabitkan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat.

Sumber: MetMalaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.