Kecoh di media sosial apabila khabar angin mengenai dua penyanyi popular iaitu Justin Bieber dan kumpulan kpop BTS bakal berkolaborasi dengan lagu duet mereka dalam masa terdekat.
Memetik laporan Page Six, perkara itu disahkan sendiri oleh sumber yang boleh dipercayai kepada wakil mereka.
"Buat masa ini mereka sedang mengumpul material untuk lagu tersebut dan mahu memastikan kolaborasi ini berjaya," katanya.
Tambahnya lagi, lagu terbaharu itu bakal dimuatkan dalam album terbaharu Justin, ‘Justice’ yang mungkin akan diterbitkan sekali lagi untuk menduduki tempat tertinggi carta album popular tahun ini.
Kolaborasi hebat di antara Justin dan BTS dilihat bukan satu perkara mustahil memandangkan kedua-dua selebriti itu kini bernaung di bawah label muzik yang sama, HYBE.
Terdahulu, HYBE dikenali sebagai Big Hit Entertainment iaitu syarikat pengurusan yang telah menaikkan nama BTS.
HYBE kemudiannya telah membeli saham syarikat Scooter Braun, Ithaca Holdings sebanyak AS$ 1 bilion (RM4.1 bilion) pada bulan lalu.
Antara penyanyi yang bernaung di bawah Ithaca Holdings ialah seperti Justin, Ariana Grande, Demi Lovato dan J Balvin.
Setakat ini, HYBE masih belum tampil dengan sebarang kenyataan bagi mengesahkan tentang kolaborasi di antara Justin dengan BTS.
BTS dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook menjadi fenomena dunia dan lagu Dynamite menjadi lagu kegemaran peminat mereka.
Sumber: Page Six
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.