Foto: Tangkap layar Instagram
Ahli kumpulan popular BTS, Jungkook, kembali menggegarkan dunia maya apabila melancarkan semula akaun Instagram baharu selepas dua tahun menyahaktifkan akaun lamanya.
Akaun terbaharunya yang beralamat @mnijungkook dilancarkan pada Selasa, 15 Julai. Dalam masa yang singkat, akaun itu telah pun mengumpul lebih enam juta pengikut setakat artikel ini ditulis.
Sebagai tanda kemunculan semula, Jungkook turut melakukan siaran langsung Instagram bersama dua ahli BTS lain iaitu V dan RM, sekali gus menyapa para peminat mereka yang dikenali sebagai ARMY.
Kehadirannya semula di platform media sosial itu disambut meriah oleh peminat di seluruh dunia, yang tidak menyembunyikan rasa teruja mereka di media sosial.
Untuk rekod, Jungkook pertama kali membuka akaun Instagram pada tahun 2021 dengan nama unik @abcdefghi__lmnopqrstuvwxyz, yang pernah tular kerana susun atur huruf yang kreatif. Nama pengguna itu kemudian ditukar kepada @jungkook.97 pada tahun berikutnya.
Namun pada tahun 2023, beliau membuat keputusan untuk memadam akaun tersebut dan menjelaskan kepada peminat bahawa keputusan itu adalah pilihannya sendiri.
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.