Pelakon Squid Game, Jung Ho-yeon seakan tidak mempercayai dirinya apabila memperoleh pengikut paling ramai di Instagram melebihi 13 juta pengikut.
Jung hanya mempunyai 400,000 pengikut pada pertengahan September lalu sebelum dirinya berlakon dalam drama tersebut.
Kini, dia menjadi pelakon wanita Korea dengan pengikut paling ramai di Instagram setakat ini.
Dia mengatasi pelakon Lee Sung-kyung dengan 12.9 juta pengikut, dan Song Hye-kyo yang mempunyai 12 juta pengikut.
Menurut satu temu bual dengan Herald Pop, dia menghargai semua pengikutnya dan menyifatkan pertambahan pengikut itu satu bentuk penghargaan buat hasil kerjanya.
“Pada mulanya, saya sangat terkejut. Setiap kali saya buka aplikasi Instagram, saya dapati jumlahnya bertambah.
“Saya fikir ia terjemahan penghargaan orang ramai terhadap Squid Game, dan saya bersyukur.
"Memikirkan begitu ramai yang memberikan saya sokongan, ia membuatkan saya semakin bersemangat,” ujarnya.
Jung yang merupakan seorang model membuat kemunculan pertama sebagai pelakon dan bersyukur atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepadanya untuk melakonkan watak itu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.