Bintang WWE, John Cena dalam laman Twitter miliknya menawarkan diri untuk menjadi pengawal peribadi kepada kumpulan BTS, sekiranya mereka berkunjung ke Amerika Syarikat.
Menurut Koreaboo, John menyampaikan hasratnya itu selepas insiden kumpulan itu diserbu peminat dan keadaan menjadi tidak terkawal hingga menyukarkan BTS untuk keluar daripada lapangan terbang di Taiwan.
Pelawaan John Cena itu mendapat perhatian peminat ARMY (panggilan untuk peminat BTS), dan menyifatkan bintang WWE itu sebagai peminat setia kumpulan tersebut.
John juga mengakui adalah peminat setia BTS dan sering memuat naik status atau gambar kumpulan itu dilaman sosial miliknya.
Sumber: Koreaboo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.