Disebabkan showcase pertama 16 Baris yang julung kali diadakan secara percuma di The Bee, Publika, peminat terlalu teruja dan ribuan menghadiri showcase tersebut.
Ribuan peminat yang hadir hingga tempat tak mencukupi dan ramai yang tak dapat masuk ke situ kerana tempat yang dipilih tak dapat menampung peminat yang hadir. Sebagai penganjur, Joe Flizzow memohon maaf kerana dia tak menyangka begitu ramai yang hadir ke showcase pertamanya.
“Ini merupakan showcase pertama yang kami persembahkan dan kami tidak menjangka ribuan peminat yang hadir kerana kami telah mengumumkan bahawa first come, first served.
“Apa yang penting buat masa ini adalah keadaan dapat dikawal dan saya bersyukur tiada siapa yang tercedera.
“Selepas dengar apa yang berlaku di luar, perkara utama yang saya pastikan adalah tiada kaum wanita mahupun anak-anak kecil yang tercedera,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Joe lagi, tempat tersebut dipilih kerana dia tak mempunyai dana dan tiada sponsorship. Jika ada di masa akan datang, Joe akan memilih tempat dan stage yang lebih luas.
“Ini kerana kami tidak mempunyai dana yang mencukupi. Bajet kami adalah terhad dan persembahan ini tiada sponsorship. Jika ada dana yang banyak, kami (pihak pengurusan) akan pilih pentas yang lebih besar.
“Saya ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku malam ini. Apa yang terjadi merupakan perkara di luar kawalan,” jelasnya.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.