Foto: Instagram
Ahli kumpulan BLACKPINK, Jisoo dan penyanyi British, Zayn Malik dilaporkan bekerjasama buat kali pertama menerusi lagu berjudul Eyes Closed, yang bakal menampilkan gabungan unik antara gaya pop lembut Jisoo dan vokal soul Zayn.
Spekulasi mengenai kolaborasi ini tercetus selepas Jisoo memuat naik imej teaser di media sosial memaparkan tajuk lagu serta bayangan seorang lelaki di belakangnya, yang dipercayai Zayn.
Menurut sumber industri muzik, Eyes Closed akan menjadi balada penuh emosi yang menyerlahkan keunikan vokal kedua-dua artis, sentuhan lembut dan ekspresif Jisoo digandingkan dengan tona R&B mendalam milik Zayn.
Kerjasama ini turut dianggap sebagai pertembungan istimewa antara dunia K-pop dan pop Barat, sekaligus menggembirakan peminat One Direction serta BLACKPINK di seluruh dunia.
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.