Minggu lalu, kumpulan BLACKPINK kembali menerusi single dan muzik video berjudul Ice Cream, yang juga menampilkan Selena Gomez.
Disebalik cerita penghasilan muzik video Ice Cream, salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie, teruja apabila dapat menjalani pengambaran bersama seekor tikus besar jenis capybara.
Ia dilaporkan menerusi satu hantaran oleh seorang peminat di laman komuniti popular Korea, baru-baru ini.
"Jennie Blackpink mempunyai kesukaan yang mendalam terhadap capybara. Saya terkejut lihat Jennie teruja menjalani penggambaran dengan haiwan itu.
"Jenni dan capybara itu kedua-duanya comel.
"Saya tak pernah terfikir mereka akan menggunakan capybara hidup untuk video ini. Ia nampak macam disunting.
"Saya dengar haiwan ini memang jinak dan baik walaupun mereka nampak macam tikus gergasi,"
Sehingga artikel ini ditulis, muzik video Ice Cream sudah mencatatkan 140 juta tontonan sejak ia dimuatnaik pada 28 Ogos lalu.
Sumber: Popsugar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.