Pelakon, Jung Ho Yeon menjadi tumpuan para peminat setelah membintangi drama siri popular Squid Game.
Beliau yang memegang watak sebagai Kang Sae Byeok dilihat tidak kekok untuk melakonkan watak sulungnya dalam bidang lakonan.
Ramai peminat yang tidak mengetahui pelakon berusia 27 tahun ini merupakan sahabat baik dengan penyanyi Jennie dari ahli kumpulan Blackpink.
Rata-rata warganet dan peminat drama bersiri berkenaan mengagumi bakat yang disampaikan Jung Ho Yeon melalui wataknya dengan penuh emosi.
Malah, Jung Ho Yeon juga berkongsi foto ketika Jennie datang melawat ke set penggambaran drama bersiri berkenaan dan menghantar ‘coffee truck’ sebagai tanda memberi sokongan kepadanya.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.