Pelakon, Janna Nick mengambil kesempatan menerusi ruangan Instagramnya bagi membantu mereka yang sangat memerlukan, khasnya ketika masalah ekonomi yang terjadi kini.
Menurut Janna, beliau mendoakan semua orang terus bergembira, dan mempunyai tempat berteduh serta cukup makan dan minum.
“Dalam keadaan sekarang ni.. Kami cuma nak doakan hampa semua happy...
“Ada tempat berteduh & cukup makan. Selalu positif, jangan gaduh-gaduh ok.
“Kalau sangat-sangat memerlukan.. komen dekat bawah ni ok...
“Kalau ada kelapangan & dengan keizinan Allah saya akan cuba tolong,” ujar pelakon ini ringkas.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan untuk orang ramai menjaga diri masing-masing sebaiknya.
“Ingat.. Dalam kita merasa susah.. pasti ada yang lebih susah. Jaga Diri ok!,”
Perkongsian Janna ini mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut mendoakan agar pelakon ini dimurahkan rezeki serta mendapat lindungan daripada Allah SWT.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.