Pelakon, Janna Nick mendedahkan kini sedang bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann.
Menurut Janna, hubungan mereka mulai serius sejak Jun lalu dan bermula sekadar kawan biasa.
"Saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.
“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” katanya.
Janna Nick menambah beliau terpikat dengan Dini kerana peribadinya yang baik serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya.
“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain.
“Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” katanya lagi.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.