Selepas seminggu berehat daripada media sosial, warganet dikejutkan dengan pengakuan pelakon Janna Nick yang menghidap penyakit Bipolar.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Janna Nick sedang menjalani rawatan secara klinikal, mendapatkan nasihat doktor dan mengambil ubat.
Nurul Jannah Muner atau mesra disapa Janna telah didiagnos menghidap penyakit bipolar. Kini, dia sedang berehat daripada menggunakan media sosial untuk fokus pada diri sendiri.
“Sudah seminggu saya makan ubat antidpressant.
“Selama ini saya ingatkan fikiran saya berfungsi sama seperti orang lain.. Ingatkan semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka,” katanya.
Penyakit bipolar ini boleh menyebabkan gangguan mental seseorang dan juga kemurungan panik boleh berlaku.
Suara yang sering bermain di fikirannya dianggap normal ketika dahulu sehinggalah Janna mendapatkan rawatan.
“Saya memang ingat ia adalah normal untuk suara dalaman itu untuk sentiasa bercakap satu sama lain seperti sedang melakukan perbincangan dalam kumpulan.
“Sehinggalah saya sedar selepas saya mula makan ubat.
“Saya tak tahu yang penyakit ini disebabkan faktor genetik atau disebabkan kehidupan lampau saya,” katanya lagi.
Lebih mengejutkan apabila Janna mendedahkan bahawa dia pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua kali di usia remaja.
“Saya pernah cuba bunuh diri ketika usia 14 tahun dengan menelan beberapa biji ubat yang dicampurkan dengan ubat-ubat lain.
“Saya tidak ada keluarga yang sempurna seperti yang lain, dulu duduk di sekolah berasrama, jauh.
“Kali kedua pula saya cuba bunuh diri setahun selepas itu di depan adik saya sendiri,” ujarnya lagi.
Rakan-rakan artis turut berdukacita atas apa yang berlaku kepada Janna dan berharap dia terus kuat dan tabah dalam hadapi hari-hari yang mendatang.
Sumber: Instagram Janna Nick
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.