Umum mengetahui hubungan istimewa antara pelakon, Janna Nick dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann sejak setahun yang lalu.
Sekian lama tidak berkongsi aktiviti bersama, Janna dan Dini telah membuat video TikTok, This or That.
Antara soalan yang diberikan adalah ‘Need space OR 24/7 attention’, ‘Go out OR Stay in’, ‘Money OR Love’, dan ‘WhatsApp OR Facetime’
Namun apa yang menarik perhatian ramai peminat mereka adalah soalan ‘Single or Taken’, membuatkan ramai terhibur apabila Janna memilih ‘Single’.
Beberapa bulan lalu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen apabila ada yang mempersoalkan status hubungan Janna dan Dini yang dikatakan sudah putus kerana sering berkongsi foto sendirian. Namun tiada sebarang pengumuman dari Janna atau Dini berhubung isu tersebut, malah menerusi video dan terbaru ini, hubungan mereka dilihat baik-baik sahaja.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.